Thursday, September 27, 2012

Selamat Datang Ke YoYo Rakit

Assalamualaikum & salam sejahtera ....
Selamat datang ke Yoyo Rakit 
YR terletak di Sungai Layang di antara sempadan Ulu Tiram dan Pasir Gudang. YR menghadap Pulau Layang dan Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar (SAJ) , Pasir Gudang. Dikelilingi oleh pokok bakau yang memberikan ketenangan dan suasana udara yang nyaman jauh dari kebisingan bandar.

Terletak di lokasi yang strategik dimana terdapat banyak sungai-sungai dan lubuk ikan yang akan memberikan kepuasan kepada pemancing.

Perjalanan dari simpang Felda Cahaya Baru / Ulu Tiram ke Sungai Layang sejauh 7km. Manakala perjalanan dari jeti ke YR sejauh 1km dengan menaiki bot mengambil masa 3 minit sahaja.

6 comments: